Notice: Undefined index: action in /home/iummedum/public_html/wp-content/themes/newsup/functions.php on line 2

Warning: session_start(): Cannot start session when headers already sent in /home/iummedum/public_html/wp-content/plugins/easy-smtp/easy-smtp.php on line 48
SEMINAR SINERGI KEUSAHAWANAN – KELEBIHAN KEPADA PARA USAHAWAN – Institut Usahawan Muda Malaysia

Institut Usahawan Muda Malaysia (IUMM) akan menganjurkan Seminar Sinergi Keusahawanan 2016 pada 22 Febuari 2016 bertempat di University College Sabah Foundation(UCSF) Kota Kinabalu, Sabah bertujuan untuk memberi pendedahan maklumat perniagaan, prosedur dan bantuan kewangan kepada bakal usahawan dan para usahawan yang ingin maju ke hadapan dalam dunia perniagaan mengikut prosedur dan undang-undang.

Anda beruntung kerana program ini adalah hasil usahasama di antara Institut Usahawan Muda Malaysia(IUMM) dan Permodalan Nasional Berhad (PNS), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB),  Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ,Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Agensi-agensi ini akan membantu anda dari pelbagai sudut yang membolehkan anda mengetahui lebih lanjut mengenai prosedur perniagaan dan bantuan kewangan.

Anda juga akan mendapat suntikan maklumat dari penceramah-penceramah berpengalaman daripada agensi-agensi yang betul dan sesuai dengan bidang keusahawanan. Program ini juga akan menyediakan slot forum bersama Pakar Industri Negara, Dr.Zhamriee dan juga seorang Pengarah Institut Usahawan Muda Malaysia bagi membincangkan isu-isu semasa berkenaan dengan keusahawanan di samping membina rangkaian komuniti sesama peserta.

Para peserta akan diberi sijil penyertaan program dan juga ruang pendaftaran untuk mereka yang ingin menjadi ahli Kelab Usahawan Muda secara percuma serta berpeluang mengembangkan rangkaian komuniti usahawan yang baik untuk perkongsian maklumat dan peluang-peluang perniagaan serta mewujudkan komuniti usahawan muda.

Penyertaan anda dalam program ini adalah bukti bahawa anda mempunyai semangat yang tinggi untuk meningkatkan pengetahuan dalam perkembangan dunia perniagaan semasa sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan lebih ramai usahawan tempatan bagi meningkatkan ekonomi diri dan negara.

JOM BISNES! JOM HADIR!

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *